Pemilihan Calon Presiden 2008 Parti Demokrat (Amerika Syarikat)


Senator Hillary Clinton telah mendahului calon lain dalam percalonan jawatan Presiden Amerika Syarikat bagi menjadi calon Parti Demokratik , walaupun beliau belum lagi membuat sebarang kenyataan rasmi tentang percalonan itu.Sementara itu , Senator Delaware Joe Biden, Senator Connecticut Christopher Dodd, bekas Senator Alaska Mike Gravel, dan Gabenor Iowa Tom Vilsack telah mengumumkan keinginin masing-masing untuk mencuba dalam pemilihan bagi calon Parti Demokratik. Calon lain yang berpotensi untuk dicalonkan ialah bekas-bekas calon kebangsaan Demokratik untuk jawatan presiden A.S. John Kerry, John Edwards, dan Al Gore, termasuk juga Jeneral Bersara Wesley Clark, Senator Indiana Evan Bayh, Senator Illinois Barack Obama (yang mampu menjadi calon presiden Afrika Amerika pertama dari sebuah parti politik utama), dan Gabenor New Mexico Bill Richardson (yang mampu menjadi calon presiden Hispanik yang pertama atas tiket parti politik utama). Berdasarkan urutan pilihan-pilihan raya yang lalu, penganalisis berpendapat bahawa mereka yang serius hanya akan mengumumkan keinginan untuk menjadi calon presiden menjelang akhir tahun 2006 bagi memberi jaminan sumbangan dana kempen dan untuk mendapatkan ketampakan sokongan yang tinggi.